Tuesday, April 6, 2010

MAKEUP DINNER - TEHA

HELLO... "Dikeheningan malam ini, aku dihimpit kenangan" itu baris lagu kumpulan XPDC dah lupa tajuknya, bukan apa cuma nak bagitahu dah lewat malam kita update blog ni...

Dua hari lepas saya menerima panggilan telefon... Kak K, itulah nama orang yang bertanggungjawab menghubungi saya untuk memekapkan adiknya Teha yang cute, sempena Majlis Dinner UiTM Kuala Terengganu. Kak K daripada Kuala Lumpur. Selepas Office hour pada 5 April 2010 saya terus ke homestay tempat Kak K menginap. Sementara menunggu Teha mandi, Kak K sibuk menguruskan persalinan serta aksesori yang bakal dipakai oleh Teha. Sporting betul Kak K... Terima kasih ye Kak K untuk job ni...

Tema untuk malam pertama ni, ala-ala red carpet la... Seperti biasa saya memikul dua tugas setelah jadi kak andam jadi pulak tukang ambik gambar... Jom la kita tengok gambar yang sempat saya ambik... Nantikan sambungan untuk malam kedua...



Nota: Keningnya tak direpair...

No comments:

Post a Comment