Saturday, July 24, 2010

Monday, July 12, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN AIDA

Majlis perkahwinan Aida telahpun berlangsung pada bulan Jun. Maaf ye kita lupa tarikhnya... Satu jam lebih jugak la saya mencari rumah Aida yang terletak di Kg. Telemong, Terengganu. Sesat barat (kata orang Terengganu), tapi nasib baik saya keluar awal, jadi tak la tersasar masa yang sepatutnya digunakan untuk mekap.

Aida seorang yang kecil molek dan tak banyak kerenah tapi time kita mekapkan dia ada la jugak juri awam yang memberi komen, he he.. Perkara biasakan... rasanya teman-teman jurusolek pun pernah mengalami perkara seperti ini.

Mengenakan persalinan berwarna kuning Aida begitu anggun dan ceria. Kepada Butik Kak Na di Paloh, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk job ni. Semoga Aida dan suami bahagia hingga ke hujung nyawa...






Saturday, July 3, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN KATHY...

ASSALAMUALAIKUM... Dah lama rasanya tak update blog ni, banyak sangat perkara yang membataskan aktiviti blog-memblog ni. Baik dari urusan pejabat, urusan rumah tangga dan banyak lagi la kalau nak ditaipkan kat sini. Kadang2 tu ada jugak la keluhan2 kecil dari mulut ini, pendek kata selagi belum tutup mata, kerja-kerja-kerja...

Berbalik kepada cerita Majlis Persandingan Kathy. Majlis ni sebenarnya berlangsung sehari selepas Majlis Akad Nikahnya tapi baru saat ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog . Agaknya, apa khabar Kathy dan suami ketika ini, harap2 semuanya berjalan lancar dengan kehidupan baru ni.

Majlis berlangsung dengan harmoni dan meriah sekali, tapi saya tak dapat menunggu hingga ke akhir majlis memandangkan ada tempahan mekap selepas itu. Harap Kathy berpuas hati dengan hasil kerja saya. Jutaan terima kasih buat Kathy sekeluarga.