Saturday, July 3, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN KATHY...

ASSALAMUALAIKUM... Dah lama rasanya tak update blog ni, banyak sangat perkara yang membataskan aktiviti blog-memblog ni. Baik dari urusan pejabat, urusan rumah tangga dan banyak lagi la kalau nak ditaipkan kat sini. Kadang2 tu ada jugak la keluhan2 kecil dari mulut ini, pendek kata selagi belum tutup mata, kerja-kerja-kerja...

Berbalik kepada cerita Majlis Persandingan Kathy. Majlis ni sebenarnya berlangsung sehari selepas Majlis Akad Nikahnya tapi baru saat ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog . Agaknya, apa khabar Kathy dan suami ketika ini, harap2 semuanya berjalan lancar dengan kehidupan baru ni.

Majlis berlangsung dengan harmoni dan meriah sekali, tapi saya tak dapat menunggu hingga ke akhir majlis memandangkan ada tempahan mekap selepas itu. Harap Kathy berpuas hati dengan hasil kerja saya. Jutaan terima kasih buat Kathy sekeluarga.




No comments:

Post a Comment