Saturday, December 18, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH & PERSANDINGAN FAEZAH

Assalamualaikum... Sudah lama benar rasanya blog saya ni tidak diupdate, nak kata sibuk takde la sibuk sangat, tapi ada aktiviti yang makin bertambah. Majlis Faezah ni sebenarnya sudah lama berlangsung dan telahpun 'dipublishkan' dekat FB saya.

Majlis yang indah ini berlangsung di Dungun dan buat pertama kalinya, pengantin 'mengrequest' kak andam sebagai pengapitnya. Sehari suntuk saya dirumah Faezah. Majlis akad nikah dan persandingan dilangsungkan pada hari yang sama. Untuk majlis ini Faezah mengenakan 2 pasang persalinan putih yang cantik dan untuk sesi persandingan saya hanya 'mentouchup' Faezah memandangkan acara akad nikah dan persandingan berlansung dalam waktu yang dekat. Mengenakan aplikasi eyeshadow plum dressing, expensive pink, carbon dan rice paper (inspirasi mekap Gee Cantik), Faezah berpuas hati dengan mekap saya. Terima kasih kepada Faezah dan suami kerana memberi kepercayaan pada saya. Buat Gee Cantik, jasa mu akan sentiasa dikenang dan terima kasih sudi berkongsi ilmu....