Friday, October 30, 2009

SANTAI...

Hellooo... Kenapa tajuk sedemikian rupa? Sebab ni mekap suka2 je... Semasa cuti raya tempoh hari, ketika seisi rumah sedang berehat n ahli keluarga berkumpul, aku mengerjakan muka my sis... Kali ni liquid foundation digunakan, aplikasi eyeliner aku cuba tebalkan, saje nak test sebab kalau kat pengantin betul biasanya takut nak buat mcm ni... Jom tengok hasilnya...




Thursday, October 29, 2009

MY LUMIX


Salam semua... Kali ni nak berkongsi dgn rakan2 blogger, KAMERA BARU KU... Kejadian ragut yg menimpa aku n my sis pada bulan Ogos lalu (klu tak silap dalam paper harian metro 17 Ogos 2009 ada story psl kes ragut ni..) Dah jadi sejarah pun tapi bila dapat balik kamera bru, ni yg terbuka balik crite lama. Rezeki yg dikurniakan dapat la beli kamera ni LUMIX FS 15, untuk kerja2 mekap akan datang kamera ni la yang akan membantu..

Monday, October 19, 2009

MAJLIS BERTANDANG AISHAH

Jumpa lagi... Korang jgn gelakkan gambar Aishah sebelum mekap ye... dah nak pki eyeshadow bru ingat nak ambik gambar sebelum mekap... Siap berbungkus lagi...
Ini merupakan job pertama luar daerah Kuala Terengganu. Majlis ni berlangsung di Kerteh... Permintaan pengantin yg byk diterima, nak mekap natural... Maka, natural la kita mekapkan dia... Tengok la ye...



Friday, October 16, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN NURUL

HIIII... Entry kali ni ialah mekap untuk majlis persandingan Nurul. Nurul merupakan adik kepada suami Maz... (Entry before..) Memandangkan jarak rumah saya ke rumah Nurul agak jauh, saya mengambil keputusan untuk melepak dirumah Nurul, sementara menantikan sesi mekap seterusnya ... Majlis Nurul berlangsung jam 3.00 petang...
Emmm, kali ni agak mencabar sedikit, memandangkan Nurul mempunyai kulit bermasalah, sukar utk saya menutup jerawatnya yg timbul2... Wahai rakan2 blogger sekalian, kongsi la tips, bagaimana utk 'mencover' masalah jerawat yg timbul2 ini dichat box yg telah disediakan. Terima kasih... Saya pun sibuk sama merakam gambar2 semasa camera man sedang mengatur pose kat Nurul... Saksikan...



Monday, October 12, 2009

MAJLIS BERTANDANG MAZ...

Hiii semua... ini job 'on call'..Critenya... kita dapat call utk buat job ni dihening subuh... (ha.. ha.. tak la..) Dapat job ni drp butik kak na, pagi2 lagi dia call.. Ada emergency kes, dia tak dapat pegi mekapkan 2 pasang pengantin... Time tu, kita ni bru je bangun tidur, terus siap2 utk kerumah pengantin, jarak ke rumah pengantin tu agak jauh jugak, time tu drive mcm ribut, Paginya majlis sambut menantu, (lupa nama pengantin lelaki, pengantin perempuannya dari Perak... Sebelah petang, Majlis Sanding Nurul... (Nurul ni adik kepada pengantin lelaki yg majlis bertandang tu... Gambar Nurul entry akan datang)

Bila dah jumpa rumah pengantin... terus mekapkan MAZ, fuhhh nervous gila sbab takut tak sempat nak siapkan pengantin... MAZ cool je... Kali ni dapat pose menarik drp pengantin sebab time camera man ambik gambar, kita pun curi2 ambik jugak... Saksikan antara foto-fotonya...




Saat Bahagia Maz dan Suami...

Thursday, October 8, 2009

MAJLIS BERTANDANG MULAN


Hiiii.... Ini merupakan make over terakhir Mulan, kali ini tema kalernya ialah grey... Tak banyak gambar untuk mekap ni, gambar before mekap pun lupa nak ambil... SEMOGA MULAN N HUBBY BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIN. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menggunakan khidmat kak nik...

Friday, October 2, 2009

HARI BAHAGIA CK



Hello... Salam semua, job kali ni daripada butik Aida kat Seberang Takir, Kuala Terengganu, masih dalam mood raya. Majlis akad nikah CK (Lupa nak tanya nama penuh) berlangsung jam 11 pagi dan diikuti dengan majlis sanding... Kiranya mekap ni 2 in 1 la... Bagus tau CK ni, masa kita sampai kat rumah dia, dia tengah masak untuk familynya, biasanya bila dah nak bergelar Raja Sehari, dah tak boleh buat kerja maklumlah 'raja'... Thanks Aida untuk job ni...