Thursday, December 31, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN FARIZA




SALAM TAHUN BARU buat semua... Ini merupakan job penutup untuk tahun 2009. Majlis persandingan Fariza telahpun berlangsung pada Disember baru ni...

Saturday, December 26, 2009

MAJLIS BERTANDANG

HELLO semua... Job ni sebenarnya telahpun berlangsung pada 2 minggu lepas, memandangkan kita sangat sibuk, la ni bru berkesempatan untuk meng'upload' gambar ni. Maaf la kita lupa nama pengantin ni. Menghormati permintaan, gambar sebelum tidak dapat disiarkan dan kerana kesuntukan masa, hanya gambar-gambar ini yang sempat diambil.





Sunday, December 20, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH DAN PERSANDINGAN MIMI

Salam semua... Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, untuk kita meninggalkan tahun 2009 dan 2010 bakal menjelma... Macamana, azam 2009 sudah terlaksana? Kita tinggalkan sementara crite tu... Kali ni diberi kepercayaan memekapkan Mimi untuk majlis akad nikah dan majlis persandingan yang berlangsung di Gong Kiat, Kuala Terengganu... Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi dan majlis persandingan berlangsung pada sebelah petang. Buat Mimi dan suami, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.. Terima kasih Mimi.

MAJLIS AKAD NIKAH....


MAJLIS PERSANDINGAN....




Tuesday, December 15, 2009

PRACTICE... PRACTICE

HIIII... Practice make perfect.. Itu la ungkapan yang sering kita sebut, dengar dan baca. Pada hari Jumaat baru ni, untuk memantapkan lagi skill, saya telahpun memekapkan adik Farhani, muda lagi bru form 4. Takpekan dik sesekali melaram... Yang seronoknya untuk mekap kali ni, saya di 'guide' oleh Dee dan segalanya berlaku di Butik Dee Renjis Gallery. Semuanya ada di sini, kepada smua bakal pengantin yang masih tercari2 kelengkapan untuk hari bersejarah kunjungi lah Dee Renjis Gallery atau layari www.deerenjisgallery.blogspot.com Cewahhhh, promote gitu... Bukan apa kesempatan diambil untuk memperbaiki apa2 kelemahan, maklumlah Dee ni dah berpengalaman dalam bidang ni agak lama. Time kita nikah n sanding pun Dee yang mekapkan... Sementara Dee menyiapkan inai kat customernya, saya pun mekapkan la adik ni... Bab rambut.. kita kureng skit, tp Dee banyak membantu... Saksikan la ye kawan2, Terima kasih banyak-banyak untuk Dee dan Farhani...






Friday, December 11, 2009

WHITE AND PINK

Salam n hello semua... Ampun dan maaf sebagai pembuka kata, kepada pengunjung2 blog saya, saya tak dapat nak reply message u all, memandangkan komputer atau line yang menghadapi masalah, jika berkesempatan saya akan reply... White and Pink itu merupakan tema Annual Dinner untuk YT Mid Town Hotel, Kuala Terengganu. Job ini sebenarnya telah pun berlangsung pada 4 Disember lalu. La ni bru berkesempatan untuk update blog. Seramai 8 orang staff perlu dimekapkan, kak andam tak sempat la buat kerja ni sorang, jd saya berpadu tenaga dengan teman semekapku Zetty, untuk menyiapkan mereka. Sepenuh tenaga digunakan untuk menyiapkan mereka pada petang tersebut. Nak putus jugak la pinggang kak andam, tapi tak pe letih tak terasa memandangkan mereka semua ramah belaka. Thanks a lot to Puan Shuhaiba and Puan Nik Roslin untuk job ni. Nanti kalau hotel ada event jangan lupa caling-caling ye... Saksikan la antara gambar2 yg sempat diambil...




Tuesday, December 1, 2009

MEKAP AIMI DI MAJLIS CUKUR JAMBUL HARRAZ DANISH

SALAM semua... Kali ni mekap untuk majlis cukur jambul, bukan anaknya tapi mamanya. Sebelum ni saya dah mekapkan Aimi untuk majlis akad nikah. Mengambil keberkatan hari raya korban, Aimi melangsungkan majlis cukur jambul buat putera sulungnya Nik Harraz Danish yang sangat comelllll mcm mama n papanya.. (bodek la tu.....). U all abaikan rambut Aimi sebab Aimi mengenakan tudung semasa majlis tersebut , atas request, Aimi minta dimekapkan awal maybe tak nak kelam kabut, ye la mana nak tgk baby nak layan tetamu... Jom la kita sama2 tgk hasil kerja saya dan beberapa gambar baby yang sempat diambil.... To Aimi, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi mengundang kak nik...

Gambar sebelum tu, gambar masa akad nikah,