Tuesday, May 19, 2009

MAJLIS BERTANDANG ZIRA




HIIIII semua... Pagi-pagi lagi on de way nak pergi office dapat call daripada Zira, minta mekapkan dia untuk majlis bertandang pada hari Jumaat yang lepas... Saksikan...

Sunday, May 17, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ZIRA



Hi semua... ini satu lagi job daripada KOLEKSI DER ANGGUN, rumah Zira ni agak jauh, dan ni la pertama kali saya sampai kat sini... Oleh kerana sampai awal, apa lagi menjamu selera la dulu... Best sangat lauk-lauk yang dihidangkan, salah satunya ialah gulai lemak nenas dan ikan kering... berselera, tapi lepas makan kena sabun tangan banyak2 kot nanti tangan berbau ikan kering pulak masa nak mekapkan Zira...
Mencabar sungguh nak mekapkan Zira ni... rumahnya teramat panas, dah 2 buah kipas terpasang tapi tak bermakna langsung... begitu berbahang sekali, mukanya berminyak dan berpeluh, saya pun berpeluh-peluh nak siapkan Zira ni...adus mencabar sungguh, tapi akhirnya siap jugak la mekapkan Zira ni, kesian Zira terpaksa menanggung kepanasan dalam persalinan pengantinnya... Gambar ni pun kurang memuaskan sikit... Apa pun terima kasih kepada Der dan Zira... kepada Zira SELAMAT PENGANTIN BARU...

Tuesday, May 12, 2009

MAJLIS BERTANDANG IDA




Hello semua... Ini satu lagi hasil kerja ku, dapat job ni daripada KOLEKSI DE ANGGUN, tak la susah sangat nak cari rumah Ida... Semuanya berjalan lancar dan Ida pun berpuas hati dengan hasil mekap ku, thanks Ida n thanks Der kerana bagi kepercayaan pada Nik... Kalau ada job inform la ye...

Monday, May 11, 2009

TRIAL MAKE-UP FATIN...




SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU...

Hello semua... Kesempatan yang ada pada hujung minggu baru ni, tidak disia-siakan... Memandangkan nanti ada tempahan untuk mengandam, maka cari la sape-sape yang sanggup hulurkan muka jadi model untuk trial make-up. Finally, teringatkan Fatin dan setelah mendapat persetujuan maka kerja-kerja make-up pun bermula, ALHAMDULILLAH... semuanya berjalan lancar... Terima kasih Fatin...