Monday, March 29, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SHIMA

SALAM BAHAGIA semua.... Terlalu lama masa yang diambil untuk saya uploadkan gambar ni... Beberapa faktor jadi penghalang, tapi takpe la... Majlis Persandingan ini sebenarnya berlangsung sehari selepas Majlis Akad Nikah, segalanya berjalan lancar kesihatan Shima pun semakin baik pada hari tu... Semoga Shima dan suami bahagia sehingga ke hujung nyawa...








Nukilan Hati...

Jika anda sedang marah, janganlah berbicara. Mohonlah perlindungan ALLAH dari gangguan syaitan dan ubahlah posisi anda. Jika sedang berdiri, duduklah. Sekiranya masih marah, berwuduklah dan perbanyakkan zikir pada ALLAH.





Saturday, March 20, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH SHIMA...

Salam Sejahtera.... ALHAMDULILLAH, kat Kuala Terengganu hampir pulih daripada cuaca panas, 2 - 3 hari ni hujan dah mulai turun... Rasa sejuk sikit. Sesekali saya rasa nak luahkan... Kebelakangan ni fikiran berserabut, mood untuk ke tempat kerja langsung tak ada... Setiap pagi kala terceliknya biji mata ni... hati terdetik, kenapa cepat sangat siang... Malasnya nak kerja, tapi kala roda kereta berputar, arah tujunya sudah tentu ke pejabat yg persekitaran dipenuhi batu, debu, habuk... Sangat tidak seronok... Sejak ditukarkan ke site pada bulan Ogos tahun lepas, sehingga kini saya tak dapat menerima hakikat ini.. Kenapa aku ditukarkan kat sini????

Dah la, tak best la cerita tu... Berbalik pada tajuk asal, pada 12 Mac yang lalu saya diberi job oleh Butik Kak Na untuk memekapkan Shima yang cumelll ni... Terima kasih Kak Na. Majlis Akad Nikah berlangsung selepas solat Jumaat. Kesian Shima, dia tak berapa sihat pada hari tersebut, tapi dengan ketabahan dan semangat yang kuat dan kena pulak dengan touch kak andam ni (cewahhhhh), Shima kembali sihat kuat, ceria dan berseri. Kak andam yang mekapkan dan kak andam jugak la jurugambarnya... Tadaaaaa.....






Nukilan Hati...


Kekayaan bukanlah satu dosa dn kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa, Penciptanya.

Saturday, March 13, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH SU..

Salam Satu Malaysia.... Saya percaya tika & saat ini, rakan2 seangkatan sibuk memenuhi tempahan mekap, photograper n pastinya kedai2 pengantin di musim ini tak menang tangan n kaki untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan2... Saya bersyukur dengan rezeki kurniaan ALLAH...

Job ini telahpun berlangsung pada 11 Mac 2010 di Losong. Majlis akad nikah Su, berlangsung jam 9.00 malam. Selepas ofis hour ari tu, saya bergegas pulang dan menyiapkan diri untuk ke rumah Su. Su merupakan adik kepada kawan saya Liza. Terima kasih Liza kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memekapkan adik awak pada majlis ni... Jom saksikan gambar2 yang diambil sendiri oleh saya...







Wednesday, March 10, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN SUZIE...

Assalamualaikum dan apa khabar semua... Mekap kali ni telahpun berlangsung di Kg. Kedai Buluh, Kuala Terengganu. Suzie seorang yang sangat happy go lucky dan peramah. Time mekap semua kawan2nya berkumpul kat bilik, naik kecut perut kak andam, sebab ramai yang menonton... Jom, saksikan gambar2 yang sempat saya ambil. Kepada Suzie, semoga bahagia dan cepat naik pelamin.






Wednesday, March 3, 2010

KELAS SOLEKAN BERSAMA GEE CANTIK

Salam... Pada 20 Februari yang lalu, saya telahpun menyertai kelas solekan bersama GEE CANTIK di Melaka. Sememangnya saya sangat meminati hasil solekan GEE. Walaupun jarak antara Melaka dan Terengganu agak jauh tapi demi ilmu saya redah je... Akhirnya dapat berjumpa dengan GEE. Saya lah antara peserta terawal sampai... Teruja sungguh...

Sudah pastinya ini antara kelas solekan 'terbest' yang pernah saya hadiri. GEE begitu ramah dan tidak lokek melayan dan menjawab soalan yang diajukan. Pada hari tu GEE turut dibantu oleh Chichi. Kedua-dua mereka ni memang best sesangat...

Kalau ikut jadual, kelas ni berakhir jam 6 petang, tapi bila dah masing-masing begitu excited dan GEE turut berkongsi extra skill, apa lagi hampir jam 9 malam baru selesai. Tak lupa juga kepada Encik Rahman sekeluarga, hidangan yang disediakan lazat-lazat belaka. Sampai ke malam kami di rumah Encik Rahman. Jutaan terima kasih diucapkan.

Buat semua rakan-rakan yang turut sama menyertai kelas GEE ni, harap hubungan kita tak akan berakhir di kelas itu je, contact2 la. Semoga kejayaan akan sentiasa bersama kita. U all semua memang bessssttttt...

Saya dan Gee

Saya Gee dan Chichi

Bergambar bersama guru

Saya dan kawan2 baru

Demostrasi solekan oleh Gee Cantik

Model saya, Fieza...

Fieza dan saya

Inilah Sijil Penyertaan daripada GEE CANTIK RESOURSE

MAJLIS BERTANDANG ANIDA

Salam semua... Majlis ini telah pun berlangsung pada 15 Februari 2010, bertempat di Rusila, Terengganu... Sikit je gambar yang sempat diambil, memandangkan Anida dan keluarga akan berangkat ke Kota Bharu untuk Majlis Bertandang... Semoga bahagia selamanya buat Anida dan suami...