Sunday, April 25, 2010

PESONA BATIK...

Hiii... Sambungan daripada entry lepas, satu sesi photography telah pun dijalankan bersama Efan Photography dan Dee Renjis Gallery serta saya bersama dua orang model iaitu Ayu dan Aya. Tajaan pakaian ialah daripada Seem Noor Batik dan Dimas Batik. Bertemakan batik serta pilihan lokasi yang indah dan mendamaikan, menjadikan sesi photoshoot ini sangat seronok. Kerjasama yang diberikan oleh Ayu dan Aya sangat2 dihargai. Semua gambar2 untuk entry kali ini adalah ehsan daripada Efan's Photos... Jutaan terima kasih kepada Dee sekali lagi kerana memberi peluang kepada saya untuk memekapkan Aya. Jom saksikan gambar2 menarik daripada Efan's Photo...








Ayu dimekapkan oleh Dee ...

note : Dee, kalu ada job lagi, jangan lupa kabo ye... hik hik


Tuesday, April 20, 2010

THE MAKING OF.....

Salam satu Malaysia... Sudah 2 ke 3 malam saya mencuba untuk upload gambar2 terbaru hasil kerja saya, tapi keciwa... internet problem... Malam ni saya berjaya...

Saya tak sabar untuk berkongsi dengan rakan2 semua. Minggu lepas saya rasa amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan dua nama yang gah dalam bidang masing2 kat Kuala Terengganu ni. Dee ialah pemilik Dee Renjis Gallery merupakan jurusolek tersohor di Kuala Terengganu manakala Meng ialah photographer terkenal di Kuala Terengganu dan Nik orang tak berapa nak kenal, baru je nak mencari tapak dipersada ini...

Satu sesi photoshoot telahpun diadakan disekitar Terengganu. Bertemakan batik, salah satu hasil tangan penduduk negeri Terengganu saya diberi kepercayaan untuk menyolek salah seorang model iaitu Aya. Manakala Ayu dimekapkan oleh Dee... Jom saksikan The making...

Meng, Dee & Ayu sedang bertungkus lumus...

Kerja-kerja touch-up sedang berlangsung...

Ini model saya Aya... Before & After...

Anggun...

Aya & Ayu

Untuk makluman semua, gambar-gambar di atas adalah menggunakan kamera saya sendiri dan sebahagiannya saya yang ambil, untuk hasil gambar yang deboomm dan lagi cerita mengenai photoshoot ini, nantikan sambungannya... Tunggu...










Monday, April 19, 2010

AWARD FOR BEAUTIFUL BLOGGER



THANK YOU VERY MUCH TO KRIN'S WORLD untuk award ini...

Saturday, April 10, 2010

MAKEUP DINNER TEHA PART 2

Hiii rakan-rakan seperjuangan... Tajuk kat atas tu, macam drama bersiri pulak... Untuk malam kedua, Tema Dinner Teha, ialah BLACKROSE... Teknik smokey jugak yang saya gunakan cumanya pada malam kedua ni saya menggunakan colour brown gold and black, bagi Teha nampak ganas sikit... Tapi sayang sedikit bila guna kamera cap ayam ni, colournya dah jadi lain daripada colour sebenar. Kak K sekali lagi, menyediakan segala kelengkapan untuk adik kesayangannya ini dan untuk pengetahuan semua, pemakaian tudung Teha pada malam tersebut merupakan idea Kak K. Kak K jugak turut membantu saya mengambil beberapa keping gambar sementara saya sibuk mengemas beg mekap. Memandangkan la ni, mata saya dah ngantuk... Jom la kita saksikan gambar2 yang sempat diambil oleh saya dan Kak K.


Itu dia, sekumtum Blackrose di bahu Teha...

Gambar-gambar Teha yang diambil oleh Kak K...

Teha ohhh Teha...

Aksi 'nakal' Teha...

Ini dia, Teha bersama Kak K...

Tuesday, April 6, 2010

MAKEUP DINNER - TEHA

HELLO... "Dikeheningan malam ini, aku dihimpit kenangan" itu baris lagu kumpulan XPDC dah lupa tajuknya, bukan apa cuma nak bagitahu dah lewat malam kita update blog ni...

Dua hari lepas saya menerima panggilan telefon... Kak K, itulah nama orang yang bertanggungjawab menghubungi saya untuk memekapkan adiknya Teha yang cute, sempena Majlis Dinner UiTM Kuala Terengganu. Kak K daripada Kuala Lumpur. Selepas Office hour pada 5 April 2010 saya terus ke homestay tempat Kak K menginap. Sementara menunggu Teha mandi, Kak K sibuk menguruskan persalinan serta aksesori yang bakal dipakai oleh Teha. Sporting betul Kak K... Terima kasih ye Kak K untuk job ni...

Tema untuk malam pertama ni, ala-ala red carpet la... Seperti biasa saya memikul dua tugas setelah jadi kak andam jadi pulak tukang ambik gambar... Jom la kita tengok gambar yang sempat saya ambik... Nantikan sambungan untuk malam kedua...



Nota: Keningnya tak direpair...