Thursday, September 23, 2010

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM... Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin. Kepada rakan-rakan Fiza, Diana Kak Ct, Dilla, Sue, Chi Chi, Ynadona dan ramai lagi serta sifu-sifu mekap saya Baby Elle, Kay Rohani, Nurul Shukor, Gee Cantik, Dee Renjis berbanyak-banyak terima kasih diucapkan diatas segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Sedar tak sedar sejak berblog ni, ramai sangat saya dapat kenalan baru dari seluruh negeri dan berkesempatan berkongsi berbagai tips.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelanggan-pelanggan saya kerana memberi kepercayaan untuk saya memekapkan anda semua. Kepada bakal-bakal pengantin, jika mahu menggunakan khidmat saya, jangan malu-malu untuk contact saya ye, Sudah semestinya saya tidak akan menghampakan anda.

Sekali lagi KEPADA SEMUA, sekiranya sepanjang perkenalan dengan anda semua ada tersilap kata, tersilap taip atau apa saja kesilapan tanpa sedar yang berlaku AMPUN DAN MAAF saya pinta. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...