Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN MULAN

Hello... sambungan drp entry yg lepas... Selesai mekapkan Mulan untuk majlis akad nikah, kali ni untuk majlis persandingan... Songket color maroon menjadi pilihan pasangan ini, kerja2 mengandam berjalan lancar tp ada sedikit gangguan berlaku apabila jadual persandingan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang, bertukar kepada jam 3 petang... Pengantin lelaki terperangkap dalam jammed... Berpeluh Mulan dan 'kak andam' (mak andam rasa mcm veteran skit) dibuatnya... Kalau tak silap kak andam, mak Mulan menjahit sendiri dlm 5 ke 6 pasang baju untuk persalinan Mulan... Klassss mak Mulan, boleh jadi protege Bill Keith gitu !!!!! ;)
Dek kerana kesuntukan masa tak dapat Mulan posing dengan semua baju2 tu... Missed la utk kita sama2 tengok koleksi baju pengantin mak Mulan... Jom la saksikan antara foto2 yang sempat disnap...





Kak andam sempat enter frame...

Monday, September 28, 2009

HARI BAHAGIA ZAINAB

Job ni daripada Kak Na Butik Pengantin... (Lupa la nama sebenar butik tu...) Susah skit nak cari rumah Zainab, terpusing-pusing agak lama nak cari lorong ke rumahnya, tapi dengan ushaka ku yang gigih, akhirnya jumpa jugak... Acara bakal bermula jam 10.00 pagi. Bermula dengan acara khatam Quran, akad nikah dan bersanding... Kiranya mekap ni 3 in 1... Saksikan antara gambar-gambarnya... Buat Kak Na, terima kasih... Kalau ada job, jangan lupa contact lagi...


MAJLIS AKAD NIKAH MULAN


Hello semua... Masih dengan mood dan keseronokan menyambut aidilfitri... Tahun ni merupakan tahun pertama saya menyambut raya sebagai 'mak andam'... Pada raya ke-4 kerja mengandam bermula... Seawal jam 6.30 pagi saya memulakan perjalanan kerumah Mulan memandangkan Mulan akan berangkat ke Masjid Kristal jam 8.30 pagi untuk majlis akad nikah... Semuanya berjalan lancar, nantikan pic seterusnya untuk majlis sanding n bertandang....

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


ASSALAMUALAIKUM.... semasa catatan ini dibuat hanya tinggal 4 hari lagi kita akan meninggalkan bulan RAMADHAN, bulan yang penuh dengan keberkatan.... Sempena menyambut kedatangan SYAWAL, saya mengambil kesempatan untuk memohon jutaan ampun andai ada coretan di sini yang mengguris hati, menyinggung perasaan atau apa jua kesilapan yang berlaku tanpa disedari. Kepada semua blogger yang seangkatan & pengunjung blog ETERNALTOUCH, TERIMA KASIH DI ATAS TUNJUK AJAR DAN SOKONGAN yang diberikan... Rumah terbuka akan diadakan pada hari raya ke tiga di Panji Alam, Kuala Terengganu... Semua dijemput hadir...

Sunday, September 13, 2009

BENGKEL ANDAMAN BERSAMA BABY ELLE & KAY ROHANI (HARI KEDUA)

Hiii semua... sambungan Bengkel Andaman Bersama Baby Elle & Kay Rohani pada hari kedua. Untuk hari kedua, pada sebelah pagi demostrasi makeup menggunakan teknik air brush telah ditunjukkan oleh Kay Rohani. Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat teknik ini secara 'live'. Manakala sesi makeup yang kedua di'take over' oleh Baby Elle, kali ini teknik dandanan rambut lebih diberi penekanan. Pada sebelah petang, tibalah saat yang mendebarkan... Para peserta diuji secara praktikal. Peserta-peserta diminta membawa 'pengantin', memandangkan saat akhir saya tak dpt menyediakan 'pengantin' dan dengan bantuan Dee akhirnya saya dapat 'pengantin' yang berbadan dua... Berbadan dua pun berbadan dua la, kita bukan nak mekap perut dia...
Kerja-kerja menatarias pun bermula. Ini juga merupakan kali pertama saya mendandan rambut, biasanya dapat job semua pengantin bertudung. Mencabar sungguh... Gelabah juga, maklumlah kerja kita dinilai oleh makeup artis profesional... Setelah siap menatarias, sesi komen diadakan. Banyaklah jugak kena komen, tapi semua komen2 membina, ye la untuk lebih mengimprovekan kerja kita... Sebelum tamat sesi, sijil penyertaan telah disampaikan oleh Baby Elle & Kay Rohani. Saya sangat berpuas hati dengan bengkel ini, pada Dee jutaan terima kasih kerana telah menganjurkan bengkel yang HEBAT ini, serta kpd Baby Elle & Kay Rohani jutaan terima kasih juga diucapkan kerana memberi tunjuk ajar. Gambar-gambar di bawah ini adalah ehsan drp Dee Renjis Gallery.




Thursday, September 3, 2009

BENGKEL ANDAMAN BERSAMA BABY ELLE & KAY ROHANI (HARI PERTAMA)

Salam sejahtera semua... ALHAMDULILLAH, ibadah puasa berjalan dengan lancar dan sempurna... Preparation untuk raya pun dah dibuat skit-skit, tu intro aje... Sebenarnya nak berkongsi dengan u all out there 'bout bengkel andaman yang telahpun selamat diadakan pada 11 & 12 Ogos yang lalu... Ini salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan dan rasa sangat2 bertuah dapat mengikuti bengkel andaman ni... Lebih2 lagi baby elle & kay rohani yang sangat sporting. Pelbagai teknik makeup, pemakaian tudung, sanggul-sanggulan dan tidak ketinggalan teknik air brush juga ditunjukkan. Seronok dapat gift drp penganjur, salah satunya brush foundation, bobby brown lagi... Ini juga pertama kali percubaan mekap saya menggunakan liquid foundation... Kat sini disertakan beberapa pic semasa hari pertama bengkel... untuk hari kedua, para peserta diuji untuk memekapkan model masing-masing.. Nantikan sambungannya n hasil mekap gue... Daaa
BERSMBUNG....