Saturday, January 30, 2010

LEPAK -LEPAK MEKAP...

Salam bahagia semua... Petang Jumaat 29 Januari 2010, telahpun berlangsung sesi lepak-lepak mekap bersama Marina n the geng... Saya sebenarnya dah kenal Marina ni, tapi tak pernah bertegur sapa, segan la... Skali jumpa blog dia, apa lagi terus mesra...
Pendekkan cerita, dengan suka hati saya berkongsi ilmu mekap yang tak seberapa ini dengan Marina n the geng. Pada petang tu mekap yang diapply adalah simple mekap untuk daily use, nak gi shooping, nak gi ofis nak gi kenduri... Terima kasih bebanyak dekat u all, very sporting... Jom layan gambar...

Ini Marina... Berseri lepas apply makeup...

Ini Insa, tuan rumah... Sweetnya lepas mekap...

Ini Wani... Anggunnya lepas mekap...

Bersungguh-sungguh mengaplikasi mekap pada wajah masing-masing...

Sebelum sesi lepak-lepak mekap ni bermula, ada la gift yang tak seberapa sempena perkenalan daripada saya... Dah selesai mekap, sesi posing la pulak...



Wednesday, January 20, 2010

BUKU ASAS SOLEKAN

Salam semua.... Saya telahpun memiliki buku Asas Solekan terbitan ALAF 21.
Sebuah buku istimewa untuk semua wanita yang mementingkan penjagaan dan keterampilan diri. Sesuai jugak untuk mak andam sekalian, buku ini dapat menambahkan lagi pengetahuan. Pelbagai tips dapat dikongsi, tak reti nak cerita panjang la... Tapi buku ni memang best. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara nak dapatkan buku ni, sila layari www.geecantik.blogspot.com Jomla saksikan sedikit antara isi kandung yang terdapat dalam buku ni... Buat geecantik, TERIMA KASIH ye..


Ini baru sikit... Ada macam-macam lagi...

Sempat posing dengan buku... Tengok la tu, member ofis kita pun turut berminat kat buku ni...

Saturday, January 9, 2010

MEMORI 2009...

Salam semua... walaupun 2009 sudah berlalu pergi, kenangan-kenangan indah dan yang tak berapa nak indah tetap segar dalam ingatan ini. Untuk entry kali ni, sudah semestinya saya nak berkongsi pengalaman indah saya semasa ke Kuala Lumpur pada 25 Disember 2009. Kak Ct... sila kunjungi www.pesonarosdancoklat.blogspot.com untuk mengenali dengan lebih rapat gerangan kak andam hebat ini... Kak Ct la orang yang bertanggunjawab bawak saya jalan-jalan kat KL baru-baru ni. Destinasi kami yang pertama ialah Sungei Wang, kalau nak senaraikan kat sini semua barang-barang yang dibeli, jenuh nak menaip... Buat kesimpulan je la ye, barang yang dibeli ialah barang-barang yang berkaitan dengan mekap... Setelah selesai dan penat, kami pun berehat sambil menikmati hidangan tengahari. Time ni memang best, semua cerita keluar, maklumlah setelah tamat kelas mekap bersama Nurul Shukor, ni la baru dapat bersua. Lepas makan kami bergegas ke Mid Valley, tempat yang paling saya suka, BUTIK MAC... Banyak la jugak perhabis kat sini. Gambar mata kat bawah tu ialah mata Kak Ct, sempat la KakCt dimekapkan... tapi colour eyeshadow tu tak berapa 'naik' la, faktor kamera agaknya. Kak Ct terpaksa bergegas pulang memandangkan ada urusan yang perlu diselesaikan. Tinggal la aku keseorangan di dalam Mid Valley tu... Ini la antara gambar yang sempat di rakam...


Sebenarnya, selepas Kak Ct beredar, dalam sejam lepas tu saya bersama adik saya. Ini pun antara kenangan yang indah jugak ni. Nak dijadikan cerita, adik saya ni tertinggal barang kat ofis dia, nak tak nak terpaksa la balik ke ofis semula bersama saya, mula-mula saya segan gak nak masuk, tapi bila dipikirkan ini la peluang, saya pun masuk jugak... Jom la tengok saya masuk konti... Time ni Leya sedang bertugas, alang-alang saya kat dalam tu, apa lagi ambik kesempatan la...