Sunday, February 28, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN KATHY...

Jumpa lagi.... setelah selesai mekapkan Nurul (entry sebelum ni...) saya bergegas pula ke rumah Kathy... memandangkan kali ni dapat job tempat yang jauh, saya menumpukan sepenuh perhatian dalam pemanduan... Ye la, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT... kang tak sampai-sampai kak andam... ishhhh, jauhilah perkara buruk... YA ALLAH SELAMATKAN PERJALANAN KU PERGI DAN BALIK...

Dalam hidup kita ni, setiap apa jua yang kita lakukan, mulakan lah dengan BISMILAHIRAHMANIRAHIM serta doa, mudah-mudahan apa jua perkara baik yang kita lakukan diberkati... Eh.. eh bertazkirah pulak...

Berbalik pada cerita Kathy, dengan cuaca yang agak panas... Setibanya di rumah Kathy, segala penat hilang tiba-tiba, kedatangan saya disambut dgn begitu mesra sekali oleh semua kaum keluarga Kathy... Seronok sungguh. Kakak2nya turut serta semasa sesi mekap dijalankan. Kelakar mereka ni, macam2 cerita dikongsi dan yang bestnya Kathy dah booking kak andam untuk memekapnya pada majlis perkahwinan bulan Mei nanti...
Jom saksikan gambar-gambar Kathy
...



(sempat posing outdoor lagi... semua gambar2 diambil oleh saya sendiri)

Friday, February 26, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH DAN PERSANDINGAN NURUL

Assalamualaikum... Majlis ini telah pun berlangsung pada 14 Februari 2010 di Batu Rakit, Terengganu. Seawal jam 6.30 pagi saya bertolak ke rumah Nurul memandangkan rumahnya agak jauh. Sejurus majlis akad nikah, majlis persandingan diadakan. Nurul begitu anggun dengan persalinan moden berona kelabu. Semoga Nurul bahagia disamping suami tercinta dan berkekalan sehingga keakhir hayat...




Nota: Gambar diambil menggunakan kamera biasa...


Monday, February 22, 2010

FESTIVAL PELAMIN & RIAS PENGANTIN

Acara yang julung kali diadakan di Terengganu... Kesempatan ini saya ambil untuk melawat ke booth butik-butik pengantin sambil mempromote diri sendiri... Harap-harap 'sangkut' la... Pelbagai acara diadakan termasuk la pertandingan mekap, fashion show, pelamin tercantik, gubahan dan macam-macam lagi. Saya berminat untuk menyertai pertandingan mekap tu, tapi nasib kurang baik sikit sebab last minit saya baru dapat tahu, takpe la... Saksikan gambar-gambarnya...

Peserta2 fashion show, peserta menatarias pengantin dan antara gift utk tetamu turut dijual..



Antara pelamin-pelamin yang dipamerkan (abaikan Mamat tu, dia sdg asyik berkaraoke)

Sempat berposing dengan jurusolek2 negeri Terengganu...

Sunday, February 21, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH SERTA PERSANDINGAN WANIE & ISMAIL

SALAM semua... Adussss penat sungguh, saya baru tiba dari Melaka. Buat apa kat Melaka? Sudah semestinya menghadiri kelas mekap anjuran Gee Cantik. Memang terbestttt la, layanan diberi memang first kelas. Ilmu yang dicurahkan oleh Gee dan dibantu oleh Chichi tidak berbelah bagi. Itu bru intro, nantikan cerita dan koleksi gambar semasa kelas...
Kali ni, saya bru nak update gambar mekap saya yang dah terperuk ni, ye la sibuk sikit... Majlis pernikahan Wanie dan Ismail telah di adakan pada 12 Februari 2010, saya tersesat.. Acara diadakan selepas Isyak. Mata saya ni kurenggg sikit kalau waktu malam, dengan bantuan ofismate saya iaitu Zie, merangkap kakak Wanie, Zie terpaksa menjemput saya dipersimpangan jalan, untuk membawa saya ke jalan yang benar (jalan ke rumah pengantin daaa...). Untuk majlis akad nikah Wanie dan Ismail mengenakan persalinan putih manakala untuk majlis persandingan pada keesokan harinya tema ungu menjadi pilihan mereka. Layarilah bahtera rumah tangga dengan sebaik mungkin, didoakan semoga Wanie dan Ismail hidup bahagia sehingga akhir hayat. AMIN... Jom layan gambar...




Nota : Semua koleksi gambar adalah daripada kamera saya dan saya jugalah yang 'menangkap' gambar2 itu.


Tuesday, February 16, 2010

SEPETANG BERSAMA...

Hiii semua... Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada semua pelawat blog eternaltouch by nik, kini kenalan saya makin bertambah dan segala sokongan serta teguran amat saya hargai... Entry kali ini merupakan satu lagi pengalaman yang menyeronokkan.. Sepetang bersama Meng, Dome, Dee dan Ayu. Satu sesi fotografi bersama photographer glamour Kuala Terengganu telah pun diadakan. Lokasi pilihan ialah sekitar Marang, Meng telah pun bertanggungjawab mengetuai rombongan ini bersama sahabatnya Dome, juga seorang photographer glamour. Berbekalkan 3 persalinan, busana ungu, merah dan hitam tajaan Butik Dee Renjis Gallery, sekali lagi Ayu menjadi model pilihan untuk menjayakan photoshoot ini. Dee, Tuan Punya Butik Dee Renjis Gallery, telah pun bertanggungjawab untuk menatarias Ayu dan saya telahpun dilantik menjadi assistant Dee pada petang itu. Tapi sedikit ralat sebab saya tak dapat membantu Dee sehingga photoshoot selesai, memandangkan saya terpaksa bergegas pulang untuk memenuhi tempahan mekap majlis akad nikah... Apapun saya seronok sungguh... (kalau nak tengok semua gambar masa photoshoot tu sila ke www.deerenjisgallery.blogspot.com)

Hasil sentuhan Dee... Ayu yang ayu


Antara gambar disebalik tabir la kiranya ni...

(Gambar-gambar di atas adalah daripada kamera dan diambil oleh saya sendiri)

Sunday, February 7, 2010

SESI WARM UP...

SALAM SEMUA... CINTA ITU INDAH, CINTA ITU SUCI, CINTA ITU MENGASYIKKAN... Cewaaahhh, jiwang karat ni, Valentine's day dah dekat, kita saje je... tak celebrate pun, everyday is my valentine's day. ALHAMDULILLAH... minggu depan kerja2 memekapkan pengantin bermula. Saya telah mengadakan sesi warm up (konon). Sekali lagi, Dee (Pemilik Butik Dee Renjis Gallery) sudi menumpangkan butiknya untuk sesi ini. Kali ini Ayu, telah pun sudi untuk dimekapkan oleh saya. Perkenalan yang tidak disengajakan antara saya dengan Ayu telahpun membawa Ayu terjerumus ke sesi ini. Seperti biasa Dee menjadi pemerhati yang setia dan 'mengkomplen' apa jua kelemahan yang berlaku. Setelah sesi mekap selesai, tibalah masa untuk photoshoot. Pada mulanya sesi ni kat dalam butik je. Tiba-tiba tercetus idea untuk mengadakan outdoor photoshoot. Kami bergegas ke Masjid Kristal yang letaknya tidak jauh dari butik Dee. Petang itu, Dee adalah directornya manakala saya merupakan photographer tak bertauliah. Buat Dee dan Ayu, jasa kalian akan sentiasa dikenang...





... sempat lagi kak andam and director (dee) enter frame

Nota: Pakaian dan semua kelengkapan untuk Ayu adalah hakmilik Dee Renjis Gallery, jika berminat untuk mendapatkan koleksi lengkap pengantin sila layari www.deerenjisgallery.blogspot.com