Tuesday, February 16, 2010

SEPETANG BERSAMA...

Hiii semua... Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada semua pelawat blog eternaltouch by nik, kini kenalan saya makin bertambah dan segala sokongan serta teguran amat saya hargai... Entry kali ini merupakan satu lagi pengalaman yang menyeronokkan.. Sepetang bersama Meng, Dome, Dee dan Ayu. Satu sesi fotografi bersama photographer glamour Kuala Terengganu telah pun diadakan. Lokasi pilihan ialah sekitar Marang, Meng telah pun bertanggungjawab mengetuai rombongan ini bersama sahabatnya Dome, juga seorang photographer glamour. Berbekalkan 3 persalinan, busana ungu, merah dan hitam tajaan Butik Dee Renjis Gallery, sekali lagi Ayu menjadi model pilihan untuk menjayakan photoshoot ini. Dee, Tuan Punya Butik Dee Renjis Gallery, telah pun bertanggungjawab untuk menatarias Ayu dan saya telahpun dilantik menjadi assistant Dee pada petang itu. Tapi sedikit ralat sebab saya tak dapat membantu Dee sehingga photoshoot selesai, memandangkan saya terpaksa bergegas pulang untuk memenuhi tempahan mekap majlis akad nikah... Apapun saya seronok sungguh... (kalau nak tengok semua gambar masa photoshoot tu sila ke www.deerenjisgallery.blogspot.com)

Hasil sentuhan Dee... Ayu yang ayu


Antara gambar disebalik tabir la kiranya ni...

(Gambar-gambar di atas adalah daripada kamera dan diambil oleh saya sendiri)

No comments:

Post a Comment