Saturday, March 20, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH SHIMA...

Salam Sejahtera.... ALHAMDULILLAH, kat Kuala Terengganu hampir pulih daripada cuaca panas, 2 - 3 hari ni hujan dah mulai turun... Rasa sejuk sikit. Sesekali saya rasa nak luahkan... Kebelakangan ni fikiran berserabut, mood untuk ke tempat kerja langsung tak ada... Setiap pagi kala terceliknya biji mata ni... hati terdetik, kenapa cepat sangat siang... Malasnya nak kerja, tapi kala roda kereta berputar, arah tujunya sudah tentu ke pejabat yg persekitaran dipenuhi batu, debu, habuk... Sangat tidak seronok... Sejak ditukarkan ke site pada bulan Ogos tahun lepas, sehingga kini saya tak dapat menerima hakikat ini.. Kenapa aku ditukarkan kat sini????

Dah la, tak best la cerita tu... Berbalik pada tajuk asal, pada 12 Mac yang lalu saya diberi job oleh Butik Kak Na untuk memekapkan Shima yang cumelll ni... Terima kasih Kak Na. Majlis Akad Nikah berlangsung selepas solat Jumaat. Kesian Shima, dia tak berapa sihat pada hari tersebut, tapi dengan ketabahan dan semangat yang kuat dan kena pulak dengan touch kak andam ni (cewahhhhh), Shima kembali sihat kuat, ceria dan berseri. Kak andam yang mekapkan dan kak andam jugak la jurugambarnya... Tadaaaaa.....






Nukilan Hati...


Kekayaan bukanlah satu dosa dn kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa, Penciptanya.

No comments:

Post a Comment