Friday, August 21, 2009

HARI BERKONGSI ILMU



ASSALAMUALAIKUM... setelah sekian lama tak upload pic kat blog ni, kali ini nak berkongsi apa yang berlaku pada awal bulan bru ni... kenapa entry kali ni dinamakan Hari Berkongi Ilmu... Sebenarnya saya dapat banyak sangat request untuk ajar daily n personal mekap.. Merasakan diri ini terlalu tidak layak untuk mengajar dah beberapa permintaan saya tolak dan dengan ini juga saya telah mengecewakan orang2 yang 'mengrequest'. Pada satu hari saya menerima panggilan daripada Su inginkan saya mengajar mekap, seperti biasa macam2 alasan saya bagi... tapi Su ni tak berputus asa terus call n call. Mendengarkan kesungguhannya tiba2 saya pulak jadi bersungguh-sungguh. Saya pun mintakla Su sediakan tempat n cari kawan2 yang berminat. Bermula daripada 2 orang akhirnya jadi sepuluh orang. Tak sangka ramai yang berminat. Semasa sesi mekap diadakan mereka semua bersungguh-sungguh menyolek muka masing-masing. Tapi sayang sungguh semasa sesi menyolek diadakan tak de orang yang ambik gambar, maklumlah sibuk mekap... Tapi tak pe trima la sekeping gambar ini untuk tatapan semua. Walaupun apa yang kita ada tak seberapa, tak salah rasanya jika ia dapat dikongsi. Saya rasa sungguh terharu. Terima kasih kepada Su dan rakan-rakan kerana memberi saya kesempatan untuk kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada....

3 comments:

  1. SALAM RAMADHAN UNTUK AJ JUGAK... ye dik... meriah sungguh.. siap ada background muzik lagu hindustan lagi... kamera kita kena ragut dkt kedai kat nurul ari tu... hawau btul penyangak tu.. habis smuanya...

    ReplyDelete