Sunday, February 7, 2010

SESI WARM UP...

SALAM SEMUA... CINTA ITU INDAH, CINTA ITU SUCI, CINTA ITU MENGASYIKKAN... Cewaaahhh, jiwang karat ni, Valentine's day dah dekat, kita saje je... tak celebrate pun, everyday is my valentine's day. ALHAMDULILLAH... minggu depan kerja2 memekapkan pengantin bermula. Saya telah mengadakan sesi warm up (konon). Sekali lagi, Dee (Pemilik Butik Dee Renjis Gallery) sudi menumpangkan butiknya untuk sesi ini. Kali ini Ayu, telah pun sudi untuk dimekapkan oleh saya. Perkenalan yang tidak disengajakan antara saya dengan Ayu telahpun membawa Ayu terjerumus ke sesi ini. Seperti biasa Dee menjadi pemerhati yang setia dan 'mengkomplen' apa jua kelemahan yang berlaku. Setelah sesi mekap selesai, tibalah masa untuk photoshoot. Pada mulanya sesi ni kat dalam butik je. Tiba-tiba tercetus idea untuk mengadakan outdoor photoshoot. Kami bergegas ke Masjid Kristal yang letaknya tidak jauh dari butik Dee. Petang itu, Dee adalah directornya manakala saya merupakan photographer tak bertauliah. Buat Dee dan Ayu, jasa kalian akan sentiasa dikenang...





... sempat lagi kak andam and director (dee) enter frame

Nota: Pakaian dan semua kelengkapan untuk Ayu adalah hakmilik Dee Renjis Gallery, jika berminat untuk mendapatkan koleksi lengkap pengantin sila layari www.deerenjisgallery.blogspot.com

4 comments: