Sunday, February 28, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN KATHY...

Jumpa lagi.... setelah selesai mekapkan Nurul (entry sebelum ni...) saya bergegas pula ke rumah Kathy... memandangkan kali ni dapat job tempat yang jauh, saya menumpukan sepenuh perhatian dalam pemanduan... Ye la, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT... kang tak sampai-sampai kak andam... ishhhh, jauhilah perkara buruk... YA ALLAH SELAMATKAN PERJALANAN KU PERGI DAN BALIK...

Dalam hidup kita ni, setiap apa jua yang kita lakukan, mulakan lah dengan BISMILAHIRAHMANIRAHIM serta doa, mudah-mudahan apa jua perkara baik yang kita lakukan diberkati... Eh.. eh bertazkirah pulak...

Berbalik pada cerita Kathy, dengan cuaca yang agak panas... Setibanya di rumah Kathy, segala penat hilang tiba-tiba, kedatangan saya disambut dgn begitu mesra sekali oleh semua kaum keluarga Kathy... Seronok sungguh. Kakak2nya turut serta semasa sesi mekap dijalankan. Kelakar mereka ni, macam2 cerita dikongsi dan yang bestnya Kathy dah booking kak andam untuk memekapnya pada majlis perkahwinan bulan Mei nanti...
Jom saksikan gambar-gambar Kathy
...



(sempat posing outdoor lagi... semua gambar2 diambil oleh saya sendiri)

No comments:

Post a Comment