Saturday, May 29, 2010

GEMPAK SELEBRITI ASTRO, SHAHBANDAR KUALA TERENGGANU


Bersama Adam, Akma, Aishah dan Stacy

Bersama Akim dan Farish

Barisan mekap artis profesional Baby Elle, Kay Rohani, Aszmerak dan Dee Renjis...

Bersama 'kakak' Kak V dan Kak Pah

Gigih menjalankan tugas masing-masing

Ini la penari yang saya mekapkan...(lupa nak tanya nama)

Pose istimewa daripada Kak Pah, Dee, Baby Elle, Kak V dan Kay Rohani


Hiii... Apa Khabar ...? Saya ingin berkongsi bersama semua, satu pengalaman baru bagi saya. Pada 15 Mei 2010 yang lalu bertempat di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu telahpun berlangsung Konsert Gempak Selebriti Astro. Saya telahpun diberi peluang untuk memekapkan seorang penari bagi acara ini. Sungguh teruja dan berdebar, maklumla biasanya mekapkan pengantin je... Kelam kabut la saya kat belakang pentas tu, ingat pesan Baby, "kat tangan nik mesti sentiasa ada kotak tisu, orang tau kita mekap artis, jangan takut-takut". Apa taknya kita dah macam rusa masuk kampung... Tapi memang best la, sakan dapat bergambar dengan artis2 AF...

Teima kasih tak terhingga kepada mekap2 artis profesional Baby Elle, Kay Rohani dan Aszmerak kerana memberi peluang kepada saya, serta kepada Dee, terhutang budi sungguh kerana memperkenalkan kita kepada mereka. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila

Monday, May 17, 2010

FIFI DAN MUIZ


Apa khabar semua, kesinambungan kisah Fifi... Ini merupakan job terakhir saya untuk majlis outdoor Fifi yang telah pun berlangsung di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu... Saya terpaksa pulang awal pada petang tersebut dan tak sempat menunggu kehadiran photographer. Pasangan pengantin yang sporting ini, berbesar hati untuk posing kat bilik je demi merealisasikan permintaan saya. Terima kasih banyak2 untuk Fifi dan Muiz... Semoga kalian hidup bahagia sehingga ke hujung nyawa... AMINNNN







Gambar ini telahpun dirakam semasa majlis bertandang, hanya ini je gambar yang sempat saya ambil...

Sunday, May 9, 2010

MAIN MEKAP-MEKAP...

Salam semua... Untuk entry kali ini, kita alihkan sedikit story, sambungan untuk koleksi gambar outdoor Fifi & Muiz akan dipublish pada entry akan datang.

Baru-baru ini semua family saya dapat berkumpul. Adik kedua saya menetap di Kuala Lumpur, adik ketiga saya menetap di Melaka. Gamat la seluruh rumah. Ma saya la orang yang paling penat melayan kerenah cucu-cucu, menantu2 dan anak-anak.

Kita pendekkan cerita, saya menggunakan peluang yang ada untuk memekapkan adik ketiga saya. Setelah dipaksa maka terhasil la mekap suka-suka ni. Jom la tengok gambar...

Nik Nor Aznida

Baju baru beli...

Pehhhh... posing!!!

Perasan la tu...


Note : Alamak, lupa lak nak taruk bedak kat leher...

Wednesday, May 5, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN FIFI

HELLO semua... Rentetan daripada entry lepas, hanya dengan sekali lafaz Fifi telah sah bergelar isteri kepada Muiz... ALHAMDULILLAH...

Hari kedua, Fifi yang tinggi lampai begitu anggun mengenakan persalinan white maroon. Satu bonus buat saya memandangkan kulit wajah Fifi sudah sememangnya mulus. Menggunakan kombinasi carbon, amber lights dan nylon serta teknik smokey yang digunakan, mata galak yang dimiliki Fifi makin terserlah.

Hanya ini gambar yang sempat diambil. Kepada Suzie (kawan Fifi), jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi tolong ambik gambar kita semasa proses mekap sedang berlangsung. Terima kasih juga kepada keluarga Fifi, di atas layanan yang diberikan. Jom tengok gambar....



Sunday, May 2, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH FIFI...

Salam bahagia untuk semua rakan seperjuangan serta pengunjung blog saya. Minggu lepas saya telahpun melaksanakan tugas untuk memekapkan Fifi di Bukit Payung, Terengganu. ALHAMDULILLAH... Rezeki kurniaan Yang Maha Esa... Untuk kempat-empat Majlis bersejarah akad nikah, sanding, sambut menantu dan outdoor shoot, saya telah dipertanggungjawabkan untuk memekapkan Fifi. Majlis Akad Nikah berlangsung pada sebelah malam dengan gilang-gemilangnya. Fifi begitu anggun di dalam persalinan white pink.

Malam tu saya terpaksa 'berkampung' di rumah Fifi , memandangkan kereta saya dihadang oleh kereta rombongan pihak lelaki. Jenuh menunggu, hampir pukul 12 malam jugak la baru beredar. Menu pada malam tersebut ialah Laksa Kuah Merah.. Bezzz... Jom la saksikan gambar2 yang saya ambik... Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat saya, jangan la malu-malu, call je...






Nantikan banyak lagi gambar-gambar untuk majlis berikutnya...