Tuesday, May 19, 2009

MAJLIS BERTANDANG ZIRA




HIIIII semua... Pagi-pagi lagi on de way nak pergi office dapat call daripada Zira, minta mekapkan dia untuk majlis bertandang pada hari Jumaat yang lepas... Saksikan...

Sunday, May 17, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ZIRA



Hi semua... ini satu lagi job daripada KOLEKSI DER ANGGUN, rumah Zira ni agak jauh, dan ni la pertama kali saya sampai kat sini... Oleh kerana sampai awal, apa lagi menjamu selera la dulu... Best sangat lauk-lauk yang dihidangkan, salah satunya ialah gulai lemak nenas dan ikan kering... berselera, tapi lepas makan kena sabun tangan banyak2 kot nanti tangan berbau ikan kering pulak masa nak mekapkan Zira...
Mencabar sungguh nak mekapkan Zira ni... rumahnya teramat panas, dah 2 buah kipas terpasang tapi tak bermakna langsung... begitu berbahang sekali, mukanya berminyak dan berpeluh, saya pun berpeluh-peluh nak siapkan Zira ni...adus mencabar sungguh, tapi akhirnya siap jugak la mekapkan Zira ni, kesian Zira terpaksa menanggung kepanasan dalam persalinan pengantinnya... Gambar ni pun kurang memuaskan sikit... Apa pun terima kasih kepada Der dan Zira... kepada Zira SELAMAT PENGANTIN BARU...

Tuesday, May 12, 2009

MAJLIS BERTANDANG IDA




Hello semua... Ini satu lagi hasil kerja ku, dapat job ni daripada KOLEKSI DE ANGGUN, tak la susah sangat nak cari rumah Ida... Semuanya berjalan lancar dan Ida pun berpuas hati dengan hasil mekap ku, thanks Ida n thanks Der kerana bagi kepercayaan pada Nik... Kalau ada job inform la ye...

Monday, May 11, 2009

TRIAL MAKE-UP FATIN...




SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU...

Hello semua... Kesempatan yang ada pada hujung minggu baru ni, tidak disia-siakan... Memandangkan nanti ada tempahan untuk mengandam, maka cari la sape-sape yang sanggup hulurkan muka jadi model untuk trial make-up. Finally, teringatkan Fatin dan setelah mendapat persetujuan maka kerja-kerja make-up pun bermula, ALHAMDULILLAH... semuanya berjalan lancar... Terima kasih Fatin...

Saturday, April 18, 2009

WAHEEDA'S WEDDING





Salam sejahtera semua... Majlis perkahwinan Waheeda my colleague sebenarnya telah pun berlangsung pada 14 Mac yang lalu, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan gambar ini bru dapat dipublishkan. Sempena meraikan majlis tersebut sempatlah kami berposing dengan pengantin baru... Apapun TAHNIAH buat WAHEEDA & SYAWAL... SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Saturday, April 4, 2009

IS IT BARBIE DOLL?



Hari cuti bru ni, sambil lepak-lepak datang la idea daripada satu barbie doll ni... Lantas ku kerjakan muka my sis and makeupkan dia ala-ala barbie doll...

Monday, March 30, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH AIMI



HAI.... makeup kali ni untuk majlis akad nikah aimi, berdebar-debar jugak nak mulakan makeup aimi ni... yelah kami baru je berkenalan, tapi sesi makeup berjalan lancar kerana aimi ni ramah... hasil sentuhan i pada aimi ni pun adalah ilham daripada aimi sendiri, dia inginkan makeup mata yang gelap dan i gunakan smokey black n silver, manakala untuk lipstik dia inginkan merah menyala sebenarnya, tapi i tak de colour tu, maka terpaksa la gunakan teknik campuran warna, itula hasilnya... i gunakan lipstik pallet kryolan... bukan apa, customer yang i makeup sebelum-sebelum ni biasanya nakkan makeup yang natural look, tapi berlainan dengan aimi ni, dia agak berani dan mahukan kelainan. Thank you very much aimi kerana memberi kepercayaan pada i untuk makeupkan u... Masalah yang biasa dihadapi ialah mutu gambar tak brapa best, tak tau la salah siapa... camera or i yang tak pandai ambik gambar... apa pun enjoy everybody n all my friends out there, i need ur comments...