Sunday, May 17, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ZIRA



Hi semua... ini satu lagi job daripada KOLEKSI DER ANGGUN, rumah Zira ni agak jauh, dan ni la pertama kali saya sampai kat sini... Oleh kerana sampai awal, apa lagi menjamu selera la dulu... Best sangat lauk-lauk yang dihidangkan, salah satunya ialah gulai lemak nenas dan ikan kering... berselera, tapi lepas makan kena sabun tangan banyak2 kot nanti tangan berbau ikan kering pulak masa nak mekapkan Zira...
Mencabar sungguh nak mekapkan Zira ni... rumahnya teramat panas, dah 2 buah kipas terpasang tapi tak bermakna langsung... begitu berbahang sekali, mukanya berminyak dan berpeluh, saya pun berpeluh-peluh nak siapkan Zira ni...adus mencabar sungguh, tapi akhirnya siap jugak la mekapkan Zira ni, kesian Zira terpaksa menanggung kepanasan dalam persalinan pengantinnya... Gambar ni pun kurang memuaskan sikit... Apa pun terima kasih kepada Der dan Zira... kepada Zira SELAMAT PENGANTIN BARU...

No comments:

Post a Comment