Sunday, September 13, 2009

BENGKEL ANDAMAN BERSAMA BABY ELLE & KAY ROHANI (HARI KEDUA)

Hiii semua... sambungan Bengkel Andaman Bersama Baby Elle & Kay Rohani pada hari kedua. Untuk hari kedua, pada sebelah pagi demostrasi makeup menggunakan teknik air brush telah ditunjukkan oleh Kay Rohani. Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat teknik ini secara 'live'. Manakala sesi makeup yang kedua di'take over' oleh Baby Elle, kali ini teknik dandanan rambut lebih diberi penekanan. Pada sebelah petang, tibalah saat yang mendebarkan... Para peserta diuji secara praktikal. Peserta-peserta diminta membawa 'pengantin', memandangkan saat akhir saya tak dpt menyediakan 'pengantin' dan dengan bantuan Dee akhirnya saya dapat 'pengantin' yang berbadan dua... Berbadan dua pun berbadan dua la, kita bukan nak mekap perut dia...
Kerja-kerja menatarias pun bermula. Ini juga merupakan kali pertama saya mendandan rambut, biasanya dapat job semua pengantin bertudung. Mencabar sungguh... Gelabah juga, maklumlah kerja kita dinilai oleh makeup artis profesional... Setelah siap menatarias, sesi komen diadakan. Banyaklah jugak kena komen, tapi semua komen2 membina, ye la untuk lebih mengimprovekan kerja kita... Sebelum tamat sesi, sijil penyertaan telah disampaikan oleh Baby Elle & Kay Rohani. Saya sangat berpuas hati dengan bengkel ini, pada Dee jutaan terima kasih kerana telah menganjurkan bengkel yang HEBAT ini, serta kpd Baby Elle & Kay Rohani jutaan terima kasih juga diucapkan kerana memberi tunjuk ajar. Gambar-gambar di bawah ini adalah ehsan drp Dee Renjis Gallery.




No comments:

Post a Comment