Saturday, December 18, 2010

MAJLIS AKAD NIKAH & PERSANDINGAN FAEZAH

Assalamualaikum... Sudah lama benar rasanya blog saya ni tidak diupdate, nak kata sibuk takde la sibuk sangat, tapi ada aktiviti yang makin bertambah. Majlis Faezah ni sebenarnya sudah lama berlangsung dan telahpun 'dipublishkan' dekat FB saya.

Majlis yang indah ini berlangsung di Dungun dan buat pertama kalinya, pengantin 'mengrequest' kak andam sebagai pengapitnya. Sehari suntuk saya dirumah Faezah. Majlis akad nikah dan persandingan dilangsungkan pada hari yang sama. Untuk majlis ini Faezah mengenakan 2 pasang persalinan putih yang cantik dan untuk sesi persandingan saya hanya 'mentouchup' Faezah memandangkan acara akad nikah dan persandingan berlansung dalam waktu yang dekat. Mengenakan aplikasi eyeshadow plum dressing, expensive pink, carbon dan rice paper (inspirasi mekap Gee Cantik), Faezah berpuas hati dengan mekap saya. Terima kasih kepada Faezah dan suami kerana memberi kepercayaan pada saya. Buat Gee Cantik, jasa mu akan sentiasa dikenang dan terima kasih sudi berkongsi ilmu....












Thursday, September 23, 2010

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM... Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin. Kepada rakan-rakan Fiza, Diana Kak Ct, Dilla, Sue, Chi Chi, Ynadona dan ramai lagi serta sifu-sifu mekap saya Baby Elle, Kay Rohani, Nurul Shukor, Gee Cantik, Dee Renjis berbanyak-banyak terima kasih diucapkan diatas segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Sedar tak sedar sejak berblog ni, ramai sangat saya dapat kenalan baru dari seluruh negeri dan berkesempatan berkongsi berbagai tips.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelanggan-pelanggan saya kerana memberi kepercayaan untuk saya memekapkan anda semua. Kepada bakal-bakal pengantin, jika mahu menggunakan khidmat saya, jangan malu-malu untuk contact saya ye, Sudah semestinya saya tidak akan menghampakan anda.

Sekali lagi KEPADA SEMUA, sekiranya sepanjang perkenalan dengan anda semua ada tersilap kata, tersilap taip atau apa saja kesilapan tanpa sedar yang berlaku AMPUN DAN MAAF saya pinta. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Thursday, August 19, 2010

KOLEKSI MEKAP

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA RAKAN2 BLOGGER, masih tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa. Sama-samalah kita berdoa dibulan yang penuh keberkatan ini agar segala apa jua yang kita lakukan akan diberkati dan dirahmati, mudah-mudahan rezeki untuk mekap pun bertambah-tambah.

Kebelakangan ni, sering aje tenggelam timbul... maklumla kesuntukan masa, membataskan aktiviti kat blog ni, dikesempatan yang ada ini saya mengambil peluang untuk mengupdate antara beberapa gambar kerja mekap saya yang telahpun berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Berbekalkan kamera digital biasa, ini hasil gambar yang dirakam oleh saya sendiri...

Majlis Perkahwinan Norizan (Dungun)



Majlis Akad Nikah Kak Chah (Batu Buruk)


Majlis Akad Nikah Akmal (Wakaf Beruas)



Majlis Sambut Menantu Zana (Manir)

Saturday, July 24, 2010