Friday, December 11, 2009

WHITE AND PINK

Salam n hello semua... Ampun dan maaf sebagai pembuka kata, kepada pengunjung2 blog saya, saya tak dapat nak reply message u all, memandangkan komputer atau line yang menghadapi masalah, jika berkesempatan saya akan reply... White and Pink itu merupakan tema Annual Dinner untuk YT Mid Town Hotel, Kuala Terengganu. Job ini sebenarnya telah pun berlangsung pada 4 Disember lalu. La ni bru berkesempatan untuk update blog. Seramai 8 orang staff perlu dimekapkan, kak andam tak sempat la buat kerja ni sorang, jd saya berpadu tenaga dengan teman semekapku Zetty, untuk menyiapkan mereka. Sepenuh tenaga digunakan untuk menyiapkan mereka pada petang tersebut. Nak putus jugak la pinggang kak andam, tapi tak pe letih tak terasa memandangkan mereka semua ramah belaka. Thanks a lot to Puan Shuhaiba and Puan Nik Roslin untuk job ni. Nanti kalau hotel ada event jangan lupa caling-caling ye... Saksikan la antara gambar2 yg sempat diambil...




Tuesday, December 1, 2009

MEKAP AIMI DI MAJLIS CUKUR JAMBUL HARRAZ DANISH

SALAM semua... Kali ni mekap untuk majlis cukur jambul, bukan anaknya tapi mamanya. Sebelum ni saya dah mekapkan Aimi untuk majlis akad nikah. Mengambil keberkatan hari raya korban, Aimi melangsungkan majlis cukur jambul buat putera sulungnya Nik Harraz Danish yang sangat comelllll mcm mama n papanya.. (bodek la tu.....). U all abaikan rambut Aimi sebab Aimi mengenakan tudung semasa majlis tersebut , atas request, Aimi minta dimekapkan awal maybe tak nak kelam kabut, ye la mana nak tgk baby nak layan tetamu... Jom la kita sama2 tgk hasil kerja saya dan beberapa gambar baby yang sempat diambil.... To Aimi, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi mengundang kak nik...

Gambar sebelum tu, gambar masa akad nikah,



Friday, November 27, 2009

FIKAH DAN YANA



Salam Aidiladha buat semua... Entry kali ni suka-suka je... Teringat masa kecik2 dulu, klu ada sedara kawin kita ni sibuk duk menunggu mak andam solekkan pengantin, bukan apa kot dioffer utk dimekapkan, boleh la tadah muka, kita suka.... sebab tu la bila dah besar ni kita pula berkecimpung dlm bidang mekap ni... Lupakan la, bukannye nak crite pasal diri sendiri...
Kisahnya, bila dah berkumpul di hari raya ni, berbekalkan beg mekap harian ku, aku offer la dua orang anak sedara Fikah dan Yana utk dimekapkan... Sudah semestinya offer tidak ditolak, terus je tadah muka... bermula la kerja2 mekap kat budak dua org ni, sporting sesgt... Bila siap dimekapkan apa lagi, terus la melaram dgn baju raye, dengan kesungguhan yg ditunjukkan, aku apa lagi terus la suruh diaorg posing tak payah ajar, diaorg ni dah pandai, kata org Terengganu
'budok2 ni berehi jangok' maksudnya, budak2 ni suka melaram... (lebih kurang gitu la maknanya)...

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger, semoga Aidiladha ini membawa keberkatan buat kita semua... AMINNNN

Friday, October 30, 2009

SANTAI...

Hellooo... Kenapa tajuk sedemikian rupa? Sebab ni mekap suka2 je... Semasa cuti raya tempoh hari, ketika seisi rumah sedang berehat n ahli keluarga berkumpul, aku mengerjakan muka my sis... Kali ni liquid foundation digunakan, aplikasi eyeliner aku cuba tebalkan, saje nak test sebab kalau kat pengantin betul biasanya takut nak buat mcm ni... Jom tengok hasilnya...




Thursday, October 29, 2009

MY LUMIX


Salam semua... Kali ni nak berkongsi dgn rakan2 blogger, KAMERA BARU KU... Kejadian ragut yg menimpa aku n my sis pada bulan Ogos lalu (klu tak silap dalam paper harian metro 17 Ogos 2009 ada story psl kes ragut ni..) Dah jadi sejarah pun tapi bila dapat balik kamera bru, ni yg terbuka balik crite lama. Rezeki yg dikurniakan dapat la beli kamera ni LUMIX FS 15, untuk kerja2 mekap akan datang kamera ni la yang akan membantu..

Monday, October 19, 2009

MAJLIS BERTANDANG AISHAH

Jumpa lagi... Korang jgn gelakkan gambar Aishah sebelum mekap ye... dah nak pki eyeshadow bru ingat nak ambik gambar sebelum mekap... Siap berbungkus lagi...
Ini merupakan job pertama luar daerah Kuala Terengganu. Majlis ni berlangsung di Kerteh... Permintaan pengantin yg byk diterima, nak mekap natural... Maka, natural la kita mekapkan dia... Tengok la ye...