Friday, October 16, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN NURUL

HIIII... Entry kali ni ialah mekap untuk majlis persandingan Nurul. Nurul merupakan adik kepada suami Maz... (Entry before..) Memandangkan jarak rumah saya ke rumah Nurul agak jauh, saya mengambil keputusan untuk melepak dirumah Nurul, sementara menantikan sesi mekap seterusnya ... Majlis Nurul berlangsung jam 3.00 petang...
Emmm, kali ni agak mencabar sedikit, memandangkan Nurul mempunyai kulit bermasalah, sukar utk saya menutup jerawatnya yg timbul2... Wahai rakan2 blogger sekalian, kongsi la tips, bagaimana utk 'mencover' masalah jerawat yg timbul2 ini dichat box yg telah disediakan. Terima kasih... Saya pun sibuk sama merakam gambar2 semasa camera man sedang mengatur pose kat Nurul... Saksikan...



Monday, October 12, 2009

MAJLIS BERTANDANG MAZ...

Hiii semua... ini job 'on call'..Critenya... kita dapat call utk buat job ni dihening subuh... (ha.. ha.. tak la..) Dapat job ni drp butik kak na, pagi2 lagi dia call.. Ada emergency kes, dia tak dapat pegi mekapkan 2 pasang pengantin... Time tu, kita ni bru je bangun tidur, terus siap2 utk kerumah pengantin, jarak ke rumah pengantin tu agak jauh jugak, time tu drive mcm ribut, Paginya majlis sambut menantu, (lupa nama pengantin lelaki, pengantin perempuannya dari Perak... Sebelah petang, Majlis Sanding Nurul... (Nurul ni adik kepada pengantin lelaki yg majlis bertandang tu... Gambar Nurul entry akan datang)

Bila dah jumpa rumah pengantin... terus mekapkan MAZ, fuhhh nervous gila sbab takut tak sempat nak siapkan pengantin... MAZ cool je... Kali ni dapat pose menarik drp pengantin sebab time camera man ambik gambar, kita pun curi2 ambik jugak... Saksikan antara foto-fotonya...




Saat Bahagia Maz dan Suami...

Thursday, October 8, 2009

MAJLIS BERTANDANG MULAN


Hiiii.... Ini merupakan make over terakhir Mulan, kali ini tema kalernya ialah grey... Tak banyak gambar untuk mekap ni, gambar before mekap pun lupa nak ambil... SEMOGA MULAN N HUBBY BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIN. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menggunakan khidmat kak nik...

Friday, October 2, 2009

HARI BAHAGIA CK



Hello... Salam semua, job kali ni daripada butik Aida kat Seberang Takir, Kuala Terengganu, masih dalam mood raya. Majlis akad nikah CK (Lupa nak tanya nama penuh) berlangsung jam 11 pagi dan diikuti dengan majlis sanding... Kiranya mekap ni 2 in 1 la... Bagus tau CK ni, masa kita sampai kat rumah dia, dia tengah masak untuk familynya, biasanya bila dah nak bergelar Raja Sehari, dah tak boleh buat kerja maklumlah 'raja'... Thanks Aida untuk job ni...

Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN MULAN

Hello... sambungan drp entry yg lepas... Selesai mekapkan Mulan untuk majlis akad nikah, kali ni untuk majlis persandingan... Songket color maroon menjadi pilihan pasangan ini, kerja2 mengandam berjalan lancar tp ada sedikit gangguan berlaku apabila jadual persandingan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang, bertukar kepada jam 3 petang... Pengantin lelaki terperangkap dalam jammed... Berpeluh Mulan dan 'kak andam' (mak andam rasa mcm veteran skit) dibuatnya... Kalau tak silap kak andam, mak Mulan menjahit sendiri dlm 5 ke 6 pasang baju untuk persalinan Mulan... Klassss mak Mulan, boleh jadi protege Bill Keith gitu !!!!! ;)
Dek kerana kesuntukan masa tak dapat Mulan posing dengan semua baju2 tu... Missed la utk kita sama2 tengok koleksi baju pengantin mak Mulan... Jom la saksikan antara foto2 yang sempat disnap...





Kak andam sempat enter frame...

Monday, September 28, 2009

HARI BAHAGIA ZAINAB

Job ni daripada Kak Na Butik Pengantin... (Lupa la nama sebenar butik tu...) Susah skit nak cari rumah Zainab, terpusing-pusing agak lama nak cari lorong ke rumahnya, tapi dengan ushaka ku yang gigih, akhirnya jumpa jugak... Acara bakal bermula jam 10.00 pagi. Bermula dengan acara khatam Quran, akad nikah dan bersanding... Kiranya mekap ni 3 in 1... Saksikan antara gambar-gambarnya... Buat Kak Na, terima kasih... Kalau ada job, jangan lupa contact lagi...


MAJLIS AKAD NIKAH MULAN


Hello semua... Masih dengan mood dan keseronokan menyambut aidilfitri... Tahun ni merupakan tahun pertama saya menyambut raya sebagai 'mak andam'... Pada raya ke-4 kerja mengandam bermula... Seawal jam 6.30 pagi saya memulakan perjalanan kerumah Mulan memandangkan Mulan akan berangkat ke Masjid Kristal jam 8.30 pagi untuk majlis akad nikah... Semuanya berjalan lancar, nantikan pic seterusnya untuk majlis sanding n bertandang....