Saturday, June 5, 2010

MAJLIS PERNIKAHAN & PERSANDINGAN ANA SALWA

Salam satu Malaysia... Musim cuti sekolah dah pun bermula, sudah semestinya rakan2 mekap ku sekalian tak menang tangan memenuhi tempahan mengandam... Alhamdulillah, rezeki kurniaan yang MAHA ESA...

Destinasi mekap saya kali ini ialah di daerah Dungun, Terengganu. Memandangkan saya kurang mahir jalan di sini, terpaksa la libatkan suami dan anak-anak menyertai sesi mekap kali ini. Seawal jam 6.45 pagi saya bertolak ke Dungun. Bagaikan memahami, pada pagi itu jugak anak-anak tak buat hal, kami tiba di rumah Ana sebagaimana dijadualkan.

Ana merupakan seorang guru disalah sebuah sekolah di Dungun. Kulit wajah yang mulus merupakan bonus pada saya. Mengenakan 2 pasang persalinan iaitu putih untuk majlis akad nikah dan songket maroon untuk majlis persandingan. Majlis Ana turut meriah dengan kehadiran 3 orang photographer daripada team DUNGUN PHOTOGRAPHER. Memandangkan kedua2 majlis ini perlu diselesaikan sebelum solat Jumaat, saya agak kelam kabut untuk menyalin dan 'mengtouch-up' Ana. Abang2 photographer sempat menghulurkan bantuan untuk menyiapkan pengantin lelaki. Terima kasih kat abang-abang. Kita lupa la nak tanya nama... Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada De Idaman untuk job ni...

Seperti biasa berbekalkan kamera cap ayam, ini la gambar2 yang saya rakam. Jom sudi-sudikan... Buat Ana dan suami, semoga hidup kalian bahagia hingga ke hujung nyawa.


Dah separuh jalan baru teringat nak ambik gambar...








1 comment: